Thursday, January 10, 2013

Isu kalimah 'Allah'

Kerajaan Islam Malaysia telah mula mengharamkan penggunaan kalimah 'Allah' kepada non-muslim dengan alasan 'Allah' adalah hak ekslusif untuk orang Islam. Ok, kerajaan ada kuasa.

Tetapi kerajaan perlu berpandangan jauh dalam hal ini. Jangan terkejut suatu hari nanti akan ada kerajaan negara non-muslim mengharamkan orang Islam menggunakan perkataan Allah dalam terjemahan Quran dan sebagainya kerana tindakan kerajaan hari ini.

Jika kerajaan ada semangat dakwah, peraturan seperti ini tidak patut diadakan. Tindakan ini telah menyusahkan pendakwah Islam untuk menerangkan Islam pada non-muslim.

Wednesday, January 9, 2013

Cerpen santai


"Encik Aril, jom pegi makan. I dah lapar la. Nak nasi lemak dahlia, nasi lemak dahlia".

Itu adalah teman wanita aku, Husna dalam panggilan telefon pada suatu petang. Orangnya comel, manja, badannya langsing dan sedikit gedik. Dia masih lagi memanggil aku Encik Aril walaupun sudah hampir setahun kami berpacaran. Tetapi bagi aku itu bukanlah masalah besar kerana aku bukanlah seorang lelaki jiwang yang selalu menukilkan ayat-ayat cinta di facebook. Oh ya, beza umur antara aku dan teman wanita aku adalah 8 tahun, sekadar memberitahu.

"Ok, 15 minit", aku menjawab ringkas.

Selaku seorang lelaki yang setampan Keenu Reeve dan setegas Bruce Wills, aku tidak mengambil banyak masa untuk bersiap. Berseluar jean biru dan tshirt hitam lengan panjang, aku hanya menyisir rambut dengan jari dan kemudian mengambil kunci kereta.

"MMIIAAAOOOOWWWWWW". Aku terpijak ekor Kunyit semasa melangkah keluar. Kunyit adalah kucing kesayangan aku yang dibela selepas ibunya diisytihar 'missing in action' beberapa bulan lepas. Ini adalah kali ketiga aku terpijak ekor Kunyit pada minggu ini. Entah apa yang sedapnya tidur atas pengelap kaki yang berbau tu. Aku mencampakkan Kunyit ke atas sofa sebelum mengunci pintu depan rumah.

Dengan menggunakan gear pada posisi 'D', stereng, pedal brek dan pedal pendikit, kereta aku sampai di hadapan rumahnya 10 minit kemudian. Dia yang telah sedia menunggu terus sahaja membuka pintu kiri kereta dan masuk ke dalam kereta aku. Bau harum menerjah ke hidung aku.

"Wangi tak?", teman wanita aku bertanya.
"Wangi jugak", aku menjawab walaupun pada pendapat aku bau bantal peluk aku lebih wangi.
"Nama wangian ni Lavendar Rose tau, beli dekat Kak Zi", dia memberitahu aku.
"Oohhh", serta merta aku terbayangkan cat berwarna 'Lavendar White' yang aku gunakan untuk mengecat dinding jamban rumah aku beberapa hari lepas.

Warna 'Lavendar White' adalah warna putih tetapi mempunyai sedikit elemen merah jambu. Aku memilih warna ini untuk dinding jamban aku kerana pada hemat aku, warna setenang ini mampu menenangkan perasaan sekiranya aku terkena cirit birit suatu hari nanti.

Aku memandu dengan penuh cermat sambil kami berbincang tentang kehebatan botol air mineral yang boleh dijadikan senjata untuk menjatuhkan kerajaan. Sampai di sebuah simpang empat 2 lorong berlampu isyarat, kereta kami berhenti di belakang sebuah bas. Terdapat sebuah ranting pokok diselitkan pada belakang bas tersebut.

"Mesti tu kerja budak-budak nakal kan", kata teman wanita aku apabila terlihat ranting tersebut.
"Ye la tu, driver bas ni pun sengal jugak. Cabut la ranting tu, buat semak jer nak tengok cermin belakang", aku mengomel.

Dua minit selepas itu kereta-kereta di sebelah kanan mula bergerak apabila lampu isyarat telah hijau. Bas di depan masih tidak bergerak. Aku mula hilang sabar dan mula membunyikan hon bertalu-talu. 10 saat selepas itu, aku tersedar sesuatu. Serta merta aku terus membelok ke kanan dan memintas bas tersebut. Selepas melalui lampu isyarat tersebut, aku dan teman wanita saling berpandangan dan kami terburai ketawa.

Pada hari itu, aku telah mempelajari bahawa ranting pokok yang diletakkan pada belakang sesebuah kenderaan adalah bertujuan untuk memberitahu bahawa kenderaan tersebut telah rosak, bukannya kerja budak-budak nakal. Kah kah kah.

Tutuplah keaiban mereka

Kepada technician komputer ataupun yang mahir membaiki komputer, sekiranya anda terjumpa gambar atau  video yang boleh menjatuhkan maruah pemilik komputer, seperti gambar bogel, video perlakuan sumbang dengan pasangannya, adalah HARAM anda menyalin dan menyebarkannya pada orang lain, sekalipun pemilik komputer itu adalah non-muslim.

Walaupun gambar/video itu adalah bukti perlakuan dosa yang dilakukan oleh pemilik komputer tersebut, itu adalah urusan dia dengan Allah SWT. Sekiranya anda menyebarkannya, dosa anda berganda-ganda lebih besar. Sekiranya  hendak tegur perbuatan dosa mereka, tegurlah secara peribadi dan tertutup.

Jika anda tidak mahu keaiban anda terdedah, tutuplah keaiban orang lain.

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang keji dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat” (Al-Nuur: ayat 19).

Rasullullah SAW pula bersabda:
“Wahai orang yang Islam dengan lidahnya sedangkan Iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi, no. 2032).

Adilkah kita ?

Seorang wanita muda memohon pada Pejabat Agama dan mahkamah syariah untuk bercerai dengan suaminya yang tidak bertanggungjawab. Kesnya ini telah berlarutan sehingga 5 tahun tetapi masih tidak selesai. Nafsu mudanya bergelojak. Suaminya pula sudah tidak mempedulikannya lagi dan telah pun berkahwin lain dan mendapat anak baru.

Wanita ini kemudiannya ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki. Berita ini jadi tajuk akhbar dan masyarakat mencemuhnya dengan gelaran 'perempuan sundal', 'betina gersang' dan seumpamanya. 

Adilkah kita terhadap wanita itu? Bagaimana pula sikap kita dengan Pejabat Agama dan mahkamah syariah yang tidak cekap menjalankan tugas?

Anjakan paradigma dalam mendidik anak

Orang Melayu kena buat perubahan dalam mendidik anak.

Anak lelaki perlu diajar seba sedikit membuat kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, mencuci tandas, menjahit dan seumpamanya.

Anak perempuan pula perlu diajar serba sedikit dikerah untuk mengangkat benda berat, memanjat, memandu kenderaan, bertukang dan seumpamanya.

Langkah ke arah menjadi bangsa bertamadun.

Tutuplah keaiban sendiri

Pada yang masih belum berkahwin tapi sudah pun ada pengalaman buat seks, janganlah pergi mengaku di blog atau facebook beritahu anda sudah tiada dara atau teruna. Diam2 sudah.

Pada pasangan yang sedang berpacaran, janganlah letak gambar mesra anda di internet untuk tatapan umum.  

Bimbang sekiranya kita termasuk dalam golongan yang terang-terangan melakukan dosa. Perlakuan seperti ini seolah-olah mencabar Allah Taala dan mereka ini tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang bermujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa). Seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tapi di pagi hari dia telah membuka sendiri akan dosa tersebut". (Hadis riwayat Shahih Bukhari, no. 5608)

Polis kemaluan

Jabatan Agama di Malaysia ini memang lembab menyelesaikan masalah perceraian, isteri dizalimi suami dan seumpamanya.

Tetapi apabila ada aduan kemungkinan berlaku khalwat, satu van pergi serbu masa itu juga. Esoknya pasangan yang kena tangkap terus masuk mahkamah dan cepat sahaja hukuman dijatuhkan.

Memang patut ada orang menggelarkan Jabatan Agama ini "Polis Kemaluan".

Hudud dan keadilan Islam

Dahulu apabila melihat orang berbuat jenayah, aku berfikir inilah akibatnya hukum hudud tidak ditegakkan dalam masyarakat.

Tapi kini bila melihat orang berbuat jenayah, aku berfikir inilah akibatnya keadilan Islam tidak ditegakkan dalam masyarakat.

Soalan bodoh

Aku tahu tidak semua orang mempunyai pemikiran yg cekap dan bijak. Oleh itu kalau ada orang tanya aku soalan2 bodoh, aku patut menjawab dgn pengetahuan yang aku ada berserta sikap tenang dan sabar. 

Tapi kadang2 aku  naik angin jgk bila orang tanya soalan bodoh pada aku. "Takkan tu pun tak tau !!".

Ampunikan aku Ya Allah atas sikap aku ini.

Perangai yang tidak patut ada pada manusia

Ada dua perangai yang aku tak faham yang ada terdapat pada sesetengah manusia:

1. Suka buli orang yang pendiam
2. Suka menyiksa binatang

Adakah fitrah manusia memang suka menindas makhluk lemah?

MIB3 dan sedekah

Dalam ending wayang Man In Black 3, tip dari agen K telah menghalang batu asteroid terhempas ke bumi. Nampaknya orang Hollywood pun tahu konsep sedekah boleh menghalang bala.

Walaupun hadis mengenai sedekah boleh menghalang bala adalah hadis daif malah ada ulama yang menghukumkan hadis ini palsu, tetapi sedekah adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam.

Hayatilah rasa lapar semasa puasa, bergaullah dengan orang miskin untuk memahami perasaan mereka menjalani kehidupan, moga2 ia dapat menjadikan kita seorang yang suka bersedekah.

"Kemiskinan adalah buatan manusia" ~Nielson Mandela


LinkWithin