Wednesday, January 9, 2013
Tutuplah keaiban mereka
Kepada technician komputer ataupun yang mahir membaiki komputer, sekiranya anda terjumpa gambar atau video yang boleh menjatuhkan maruah pemilik komputer, seperti gambar bogel, video perlakuan sumbang dengan pasangannya, adalah HARAM anda menyalin dan menyebarkannya pada orang lain, sekalipun pemilik komputer itu adalah non-muslim.
Walaupun gambar/video itu adalah bukti perlakuan dosa yang dilakukan oleh pemilik komputer tersebut, itu adalah urusan dia dengan Allah SWT. Sekiranya anda menyebarkannya, dosa anda berganda-ganda lebih besar. Sekiranya hendak tegur perbuatan dosa mereka, tegurlah secara peribadi dan tertutup.
Jika anda tidak mahu keaiban anda terdedah, tutuplah keaiban orang lain.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang keji dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat” (Al-Nuur: ayat 19).
Rasullullah SAW pula bersabda:
“Wahai orang yang Islam dengan lidahnya sedangkan Iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi, no. 2032).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment